Saturday, February 9, 2019

Kemaskini 9Feb

Setakat semalam, 08 Februari 2019 (Jumaat) sebanyak 46 buah sekolah menengah seluruh P. Pinang telah mengesahkan diri untuk menghantar atlet ke Kejohanan Sukan Boling Tenpin MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 menerusi pendaftaran online. Kejohanan yang bakal berlangsung pada 18 Februari 2019 ini, turut menyaksikan penyertaan 24 buah lagi sekolah rendah. Walaupun hanya sekadar mendaftar maklumat asas sekolah, para pengurus pasukan dilihat begitu berdedikasi dalam mempastikan murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah mereka didaftarkan.

Menurut setiausaha kejohanan, Pn. Nooraini bt. Abdul Rahman, kemaskini maklumat murid dan sebagainya yang berkaitan dengan acara boleh dilakukan sehingga jam 12.00 tengah malam 12 Februari 2019. Selepas itu, aplikasi pendaftaran dan kemaskini maklumat akan ditutup dan mana-mana sekolah yang terlepas tidak lagi boleh berbuat demikian. 
Bercakap mengenai pemilihan acara individu dan beregu sama ada murid memilih untuk satu acara sahaja atau kedua-duanya, beliau menegaskan bahawa sekiranya murid cikgu ada potensi, masukkan dia ke dalam kedua-dua acara iaitu individu dan juga beregu. Ini kerana kalau murid masuk acara individu tapi tak masuk acara beregu peluang untuk wakil negeri adalah tipis. 





Thursday, January 31, 2019

Bengkel Pendaftaran Online

Langsung dari SK Pauh Jaya.
Bengkel Pendaftaran Online Kejohanan Sukan Boling Tenpin
MSSPP Peringkat Negeri P. Pinang 2019.











Tuesday, January 22, 2019

Mesyuarat Teknikal

Mesyuarat Pelarasan AJK Teknikal Kejohanan Sukan Boling Tenpin MSSPP Edisi Satu 2019.

Tempat : Mega Mall Bowling Centre
Tarikh : 22 Januari 2019

WELCOME

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Web Hosting Deals